Monday, 10 March 2014

assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ni.
pertama sekali saya ingin menceritakan tentang perasaan saya apabila pertama kali sampai ke umk.
suasana di umk begitu unik dan berbeza berbanding dengan universiti lain. di umk kampus kota mempunyai sky umbrella yg begitu unik apabila dipandang. ia memberi suasana yang berbaza bila orang melihatnya. selepas pendaftafaran bermulalah sesi minggu mesra mahasiswa/i. Pada petang kami semua menjamu selera sebelum solat berjemaah magrib bersama-sama. selepas itu, semua pelajar dikehendaki berkumpul dalam dewan untuk mendengar taklimat dari fasilitator. ketua fasilitator telah memberikan secara ringkas tentang acara sepanjang lima hari sempena program minggu mesra mahasiswa/i. Pada malam itu ketua fasilitator memberi kami balik awal ke asrama kerana semua keletihan.pada keesokan hari selepas bersarapan kami semua dikehendaki berkumpul di padang futsal beratur ikut kos masing-masing. ini untuk memudahkan proses pendaftaran kursus. pada hari itu semua berjalan dengan lancar.